Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Harap Dia Beri Harga Kawan-Kawan” - Beckham Mahukan Cef Gordon Ramsay Memasak Untuk Perkahwinan Anak

Azwa Rahman 22/07/2020 | 05:07 MYT
Power couple David dan Victoria Beckham mahukan cef selebriti terkemuka dunia Gordon Ramsay untuk memasak pada majlis perkahwinan anak mereka, Brooklyn Beckham yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Memetik laporan The Sun, pasangan itu mahukan Ramsay untuk menguruskan semua makanan untuk memastikan majlis berjalan lancar.
“Ramsay merupakan calon cef yang pasangan itu mahukan untuk memasak hidangan untuk perkahwinan anak mereka nanti.
“Saya yakin Ramsay akan beri harga kawan-kawan,” kata satu sumber kepada The Sun.
Sudah lama menjadi kenalan, keluarga Beckham amat menggemari dan memuji masakan dan hidangan Ramsay selama ini.
Pada awal Julai, Brooklyn, 21, memilih cinta hatinya pelakon Nicola Peltz, 25 sebagai tunang dengan bersaksikan sebentuk cincin bernilai £350,000 (RM18 juta).
Dikhabarkan pasangan tersebut sedang melihat sebuah resort mewah Borgo Egnazia di Puglia Itali sebagai lokasi perkahwinan mereka.
Keseluruhan majlis pula dijangka akan menelan belanja sehingga £3 juta (RM163 juta).
Pasangan ini mula mendedahkan tentang hubungan mereka sejak Januari tahun ini.
Terdahulu, Nicola pernah menjalin hubungan cinta bersama adik model terkenal Gigi Hadid, Anwar Hadid, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.
Brooklyn juga pernah bercinta dengan pelakon Chloe Grace Moretz sebelum ini.
#Brooklyn Beckham #David Beckham #Gordon Ramsay
;