Hiburan
“Harap Dia Jadi Pemimpin Yang Kelakar” – King Coco Curi Perhatian, Menang Jawatan….
Instafamous King Coco yang tular sebelum ini dengan cara percakapan pelat bercampur loghat Bahasa Inggeris kembali menjadi bualan ramai kerana terlibat dalam kegiatan politik.
Memetik laporan mStar, Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, 22, telah memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak dan memperoleh 62 undi menewaskan dua calon lain.
Difahamkan, keputusan itu telah diumumkan pada Ahad lalu.
Perkara itu membuatkan rata-rata netizen berasa terkejut, pada masa yang sama, mereka mengharapkan Coco menjadi seorang pemimpin yang bersifat humor.
"King Coco buat comeback, harap dia jadi pemimpin yang kelakar.
"Serius dah menang? Ingat baru nak calon," tulis beberapa netizen di Twitter.
Terdahulu, Coco mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Kapten Azrin pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Kyle Mateen yang kini berusia 3 tahun.
Sumber : mStar