Viral
"Harap Dia Tak Melampaui Batas!" - Tak Jadi Cerai, Adira Beri Peluang Kedua Untuk Datuk Red
Penyanyi Adira Suhaimi menjelaskan dia dan suaminya, Datuk Red kini dalam proses berbaik semula sejak minggu lalu.
Kata Adira, rumah tangga yang ibarat telur di hujung tanduk itu kembali jernih disebabkan masa depan anak-anak.
"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, apa sahaja boleh berlaku dan dalam jangka masa panjang saya berikan dia peluang sekali lagi.
"Harap dia gunakan peluang ini sebaik mungkin sebab kami sayangkan anak-anak kami.
"Saya yakin dengan pilihan saya dan tolong doakan yang terbaik untuk saya, suami dan anak-anak kami," katanya ketika ditemui selepas Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.
Tambah Adira, dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk suaminya kembali berdamai.
"Saya tak meletakkan sebarang syarat cuma selagi boleh bersabar saya akan bersabar. Saya pun sebagai manusia ada batasnya, harap jangan 'cross over'!
"Buat masa sekarang saya nak fokuskan pada karier nyanyian saya dan kalau boleh tak mahu dikaitkan dengan apa-apa kontroversi lagi," ujarnya.
Belajar daripada kemelut yang berlaku jelas Adira dia tidak boleh terlalu ikutkan hati hingga menjejaskan kehidupan anak-anaknya kelak.
"Banyak benda yang saya belajar, antaranya walau apa berlaku anak-anak paling utama.
"Kita tak boleh membuat keputusan sendiri kerana ia tidak adil untuk anak-anak yang masih kecil," tambah Adira.
Adira sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai namun prosiding itu ditangguhkan hingga pasangan itu memuat naik foto masing-masing di Instagram memberikan bayangan mereka kembali berdamai.
Pasangan itu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggerik, Asan dan Anggun.
Must-Watch Video