Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal dimasukkan ke hospital selepas disyaki dijangkiti influenza.

Perkara itu dimaklumkan Sharul menerusi Instagram Story awal pagi tadi.

Menurut Sharul, dia kini dipindahkan ke hospital kerajaan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"Saya masih ok jangan risau. Sekarang saya dipindahkan ke hospital kerajaan kerana disyaki Influenza,” katanya.

Bagaimanapun kata Sharul, dia berharap penyakit yang dihadapinya itu hanyalah demam biasa dan bukan Influenza.

"Saya baru disyaki saja, harap-harap demam biasa je lah," katanya.

Terdahulu, Sharul baru sahaja kembali ke Malaysia selepas menjalani penggambaran Travelogue di Mesir baru-baru ini.

Sedikit info, Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman merupakan bekas bintang Akademi Fantasia 2019.

Selain menyanyi, Sharul juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan.