Bahang makin terasa! Tidak sampai beberapa hari saja lagi pelajar tingkatan lima bakal menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam hala tuju pendidikan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, hakikat yang terpaksa dilalui calon SPM ini adalah mereka akan menduduki peperiksaan di saat negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Ada yang yakin, namun tidak kurang juga yang susah hati apabila hari peperiksaan makin tiba.

Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, kebanyakan mereka meluahkan pandangan dan pendapat mereka mengenai situasi tersebut.

Malah, tanda pagar atau haghtage #Suarapelajar dilihat semakin trending digunakan oleh calon di platform tersebut.

“Makin hari dengan banyak kes buat aku berfikir panjang. Nak cepat-cepat habiskan SPM”

“Harap kes makin turun, nak ambil SPM ni”

“Jaga kesihatan badan dan mental guys, we can do this, selamat maju jaya buat kita semua calon SPM,” kata beberapa pelajar di Twitter.

Untuk makluman, SPM bakal bermula 22 Februari inii dan pelajar yang dijangkiti COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin perlu mengemukakan surat atau bukti daripada pihak hospital.

Bagaimanapun, calon yang sembuh atau habis tempoh kuarantin ketika peperiksaan masih berjalan, mereka perlu menduduki baki kertas peperiksaan yang ada.

Apapun Gempak doakan semua pelajar SPM kali ini tetap cekal dan cemerlang!

Sumber Gambar : NST/Bernama/Astro Awani