Laman Utama

“Harap Mangsa Yang Cedera…”- Tragedi Tren Bertembung, Aaron Aziz Doakan Mangsa & Frontliners

gempak
Syafiqah Jalal
25/05/2021
04:30 MYT
Sponsor Banner
“Harap Mangsa Yang Cedera…”- Tragedi Tren Bertembung, Aaron Aziz Doakan Mangsa & Frontliners
Aktor Datuk Aaron Aziz mendoakan yang terbaik buat mangsa yang cedera dalam tragedi melbatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC-KPD Dang Wangi malam semalam.
Aaron berharap urusan mereka yang terlibat dipermudahkan begitu juga dengan frontliners yang perlu merawat mereka ditambah pula dengan pesakit Covid-19 sedia ada.
“Innalilah wainnailayhi rojiun. My prayers goes to all yg tercedera.
“Harap mangsa yang cedera parah di kepala dan mangsa yang lain dipermudahkan segala urusan...May Allah swt grant recovery secepat mungkin Syafakumullah.
“Doa juga buat frontliners yang dah lelah penat lawan Covid-19 lepastu rawat mangsa mangsa kemalangan LRT ini. Semoga diberikan kekuatan Ameen,” katanya.
Pelakon Dekatnya Cinta itu berkongsi luahan rasanya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Aaron berkongsi foto mangsa dalam kejadian semalam.
Dalam kejadian sebuah tren dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 orang mengalami luka ringan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live