Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Harap Orang Yang Tepat Akan Datang Pada Masa Yang Tepat, Tapi Buat Masa Ini…” - Aisyah Hijanah

Izwan Isa
27/11/2023 23:55 MYT
Pelakon Siti Khadijah Halim tidak melepaskan peluang memberikan kata-kata semangat kepada Aisyah Hijanah sejak suami pempengaruh itu, Alif Teega memadukannya menerusi pengumuman di media sosial kelmarin.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

Menerusi ruangan komen di Instagram, Siti Khadijah menyatakan yang Aisyah layak untuk mendapatkan lelaki yang lebih baik.



Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November lalu.

Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

BERITA TRENDING: “Tak Ada Pasangan Yang Nak Hadap Pendatang Luar” - Aisyah Hijanah Dedah Rumah Tangga Hadapi Ujian, Bawa Suami Berubat

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

#Alif Teega #Aisyah Hijanah
;