Pengarah Michael Ang akui tempuh pelbagai cabaran untuk menjayakan penggambaran drama Gempak Orignals Series, The Maid 2 selepas terpaksa menangguhkannya selama setahun.
Menurut Michael banyak gangguan serta penangguhan berlaku sepanjang tempoh itu dari produksi dan pelakon.
“Sebenarnya kita mulakan penggambaran ni pada April tahun lalu tetapi tidak lama selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua pula dilaksanakan jadi kita terpaksa menangguhkannya.
“Kemudian bila kami hendak memulakan penggambaran semula, isu vaksin pula timbul dan dalam masa yang sama Marsha Milan Londoh pun terkena Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin dan berehat.
“Dalam masa yang sama Ezzaty Abdullah pula mengandung dan kita tidak dapat teruskan penggambaran pada penghujung tahun lalu sehinggalah dia bersalin dan berpantang.
“Setelah semua urusan itu selesai dan dalam masa yang sama hendak sesuaikan dengan jadual padat Sherry Alhadad lagi kami akhirnya menyambung penggambaran kembali pada Hari Raya lalu,” katanya kepada Astro Gempak.
Michael ditemui di majlis pelancaran drama The Maid 2 yang diadakan di The Agam, Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sekuel dengan 12 episod ini mengembalikan semula barisan pelakon asal seperti Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil dan Norman Hakim.
Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.
Disebabkan jarak penggambaran yang jauh, Michael memberitahu perubahan bentuk badan pelakon-pelakon berubah terutama Sherry dan Ezzaty.
“Dalam setahun itu, Sherry juga mellaui perubahan bentuk badan bila beratnya turun lebih 10 kilogram.
“Sementara Ezzaty pula berat badannya naik kerana kembali ke set selepas baru sahaja bersalin anak kedua.
“Konti mungkin agak ‘lari’ sedikit tetapi saya harap penonton tak perasan lah,” ulasnya.
Masih mengekalkan penulis skrip seperti Sham Hashim dan Nazri Vovinski, The Maid 2 merupakan arahan bersama dua sutradara popular, Michael Ang dan Hadith Omar.
The Maid 2 akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Menariknya dalam The Maid 2 nanti peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Dalam musim baharu ini, Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay. Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.
Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.
Selain itu, Video Pengakuan The Maid 2 (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Syafiqah Jalal
Wed Jun 29 2022


Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.

Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!
Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan pada 26 November nanti habis dijual dalam masa 40 minit sebaik dibuka pada pukul 10 pagi Jumaat.
_2.png?ext=.png)
“Sebagai Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Saya Rasa Saya Layak” – Aliff Syukri Impi Duet Bersama Siti Nurhaliza
Aliff Syukri lancar lagu baru lagi ke