Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Harap Perjalanan Ini Permulaan Hidup Baru Yang Baik"- Nora Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah

ZULHILMI JALIL 07/01/2020 | 03:56 MYT
Penyanyi Nora Ariffin berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah hari ini.
Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 47, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.
"Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya akan mengerjakan umrah. Doakan perjalanan dan ibadah saya lancar dan dipermudahkan.
"Di sebalik segala suka duka ujian Allah yang saya lalui, harap perjalanan ini permulaan hidup baru yang baik buat saya.
"Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah. Hanya kepada Allah kita berserah," tulisnya.

Bismillahirahmanirahim Hari ini saya akan mengerjakan umrah bersama ECORITHS LEISURE TRAVEL & TOUR Doakan perjalanan & ibadah saya lancar & dipermudahkan. Disebalik segala suka duka ujian Alllah yg saya lalui. Harap perjalanan ini permulaan hidup baru yg baik saya. Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah. Hanya kpd Allah kita berserah.? Al- fatihah buat 2 insan tersayang Johan Nawawi & Muhammad Syakir Alif ?? #mamarindualif #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Pada masa sama, Nora turut meluahkan rasa rindunya kepada dua insan yang tersayang yang sudah pergi meninggalkannya.
"Alfatihah buat dua insan tersayang. Johan Nawawi dan Muhammad Syakir Alif. #mamarindualif #adadalamtiadabynira," luahnya.
Terdahulu, Nora berdepan episod duka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun.
Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kematian suaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
BACA: "Allah Uji Saya Lagi... " - Anak Nora Ariffin Meninggal Dunia
#Penyanyi #Nora Ariffin #Penyanyi
;