Pelakon sensasi Fathia Latiff merayu agar tindakan segera diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video lucah di media sosial.

Memetik kenyataan Fathia menerusi akaun Twitternya malam tadi, pelakon yang popular dengan drama bersiri Ariana Rose itu juga khuatir penyebaran video lucah boleh merosakkan akhlak remaja bawah umur.

"Saya mengharapkan pihak atasan boleh block video-video lucah yang disebarkan secara meluas sekarang ni.

"Takut rosakkan akhlak remaja bawah umur yang menggunakan sosial media tanpa bimbingan daripada penjaga iaitu ibu bapa," tulisnya yang turut menyeru nama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Terbaharu, kecoh di Internet apabila sepotong video tidak senonoh seorang pelakon lelaki yang kini sedang popular disebarkan secara meluas.

Baca: Video Lucah Dijual RM20 Di Twitter, Peminat Minta Penjelasan Syafiq Kyle

Sebelum itu pun sekeping foto alat sulit lelaki yang dipercayai netizen milik seorang pelakon lelaki berbadan tegap turut tular di media sosial.

Saranan Fathia dalam pada itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna Twitter.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter, @fatiyalatiff