,
Hiburan

“Harap Tak Terikut Khurafat” - Lokasi Berdoa Di Tanah Suci Dipersoal, Tak Cepat Melenting Ini Jawapan Sweet Qismina

Mya Amri
04/02/2020
22:50 MYT
Aktres Sweet Qismina membalas komen seorang individu mempersoalkan tentang lokasi pelakon itu memohon doa di tanah suci.
Lokasi yang dimaksudkan itu bertempat di Jabal Rahmah, Arafah, Makkah.
“Maaf, kenapa kena berdoa dekat bukit tu? Ada ke hadis Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam yang menyarankan? Berapa banyak tempat mustajab berdoa ada dekat Makkah, kenapa dipilih juga bukit tu? Harap Sweet tak terikut-ikut khurafat conteng nama pada tiang di atas bukit, maafkan saya,” tulis individu tersebut. Tidak cepat melatah, Sweet bagaimanapun memberikan penjelasan mengenai perkara itu menerusi ruangan komen.
Menurut Sweet, dia sememangnya telah memohon doa ditempat yang sepatutnya dan berterima kasih kerana memberikan teguran.
“Jangan risau. Ustaz dah tegur pasal benda ni. Saya saja je tulis caption tu. Semestinya saya berdoa di tempat yang sepatutnya.
“Tidak! Saya tidak conteng merata-rata (naik bukit pun tak larat suku je! Haha). Terima kasih di atas keperihatinan anda,” tulisnya. Terdahulu, Sweet telah ditegur oleh seorang pengikut Instagram selepas memuat naik posting terbaru dengan kapsyen, “Muka happy bila dah naik Jabal Rahmah doa semoga jodoh ku dengan... Siapa eh?”.
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berangkat ke tanah suci Makkah bersama keluarganya untuk melakukan ibadah Umrah sejak penghujung Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

gempak
29/10/2024
06:50 MYT
Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas isu yang membabitkan selebriti lain yang sedang bedepan kemelut rumah tangga.
Hiburan

“We Did It Sayang” - Sweet Qismina Zahir Rasa Syukur Berjaya Memiliki Rumah

gempak
22/01/2024
12:55 MYT
Selepas bertahun-tahun menanti, pelakon Sweet Qismina menzahirkan rasa syukur atas kejayaan memiliki sebuah rumah
Laman Utama

Adam Lee Bukan Jenis Suami Yang Minta Isteri Selalu Dengar Cakap - “Nanti Perempuan Ni…”

gempak
18/10/2023
07:50 MYT
Adam Lee tidak sekat kerjaya isteri
Laman Utama

Sweet Qismina Dah Lama Kenal Suami, Percaya Adam Lee Fokus Kerja Ketika Shooting

gempak
17/10/2023
13:50 MYT
Sweet percaya suaminya
Laman Utama

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”

gempak
28/09/2023
00:55 MYT
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.
Unitar