Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Harap Tak Terikut Khurafat” - Lokasi Berdoa Di Tanah Suci Dipersoal, Tak Cepat Melenting Ini Jawapan Sweet Qismina

Mya Amri
04/02/2020 22:50 MYT
Aktres Sweet Qismina membalas komen seorang individu mempersoalkan tentang lokasi pelakon itu memohon doa di tanah suci.

Lokasi yang dimaksudkan itu bertempat di Jabal Rahmah, Arafah, Makkah.

“Maaf, kenapa kena berdoa dekat bukit tu? Ada ke hadis Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam yang menyarankan? Berapa banyak tempat mustajab berdoa ada dekat Makkah, kenapa dipilih juga bukit tu? Harap Sweet tak terikut-ikut khurafat conteng nama pada tiang di atas bukit, maafkan saya,” tulis individu tersebut.

Tidak cepat melatah, Sweet bagaimanapun memberikan penjelasan mengenai perkara itu menerusi ruangan komen.

Menurut Sweet, dia sememangnya telah memohon doa ditempat yang sepatutnya dan berterima kasih kerana memberikan teguran.


“Jangan risau. Ustaz dah tegur pasal benda ni. Saya saja je tulis caption tu. Semestinya saya berdoa di tempat yang sepatutnya.

“Tidak! Saya tidak conteng merata-rata (naik bukit pun tak larat suku je! Haha). Terima kasih di atas keperihatinan anda,” tulisnya.

Terdahulu, Sweet telah ditegur oleh seorang pengikut Instagram selepas memuat naik posting terbaru dengan kapsyen, “Muka happy bila dah naik Jabal Rahmah doa semoga jodoh ku dengan... Siapa eh?”.

Muka happy bila dah naik Jabal Rahmah doa semoga jodoh ku dengan.....siapa eh? ?❤️ Btw Petite people, I dah tahu nak cari kat mana Abaya yang ikut size kita tak payah potong kain ?❤️ This Abaya called “princess cut” and for more design boleh check @abayasaudi_exclusive . Allahu, murah rezeki kakak yang jual ni. ( sesiapa ada kat Mekah pun boleh order ? )

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on


Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berangkat ke tanah suci Makkah bersama keluarganya untuk melakukan ibadah Umrah sejak penghujung Januari lalu.
#Sweet Qismina #Pelkon
;