THE HOUSE 6
"Harap 'Telur' Yang Keluar Baik & Cantik-Cantik" - Elizad Terus Jalani IVF
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad berkongsi mengenai sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya hari ini.
Menurut perkongsian Elizad di Instagram, dia menjalani sesi pengumpulan telur atau 'egg pick up' pagi tadi.
"Salam dan selamat pagi kesayangan semua, pagi ini 'egg pick up' bersama Dr Azlin & team @sophea_fertility.
"Nervous bukan main dengan rasa lapar puasa dari malam tadi, harap-harap 'telur' keluar semua yang baik-baik dan cantik-cantik," tulisnya.
Dalam pada itu, Elizad juga meminta orang ramai untuk mendoakannya.
"Moga dipermudahkan, doakan saya ya, saya tidur dulu, nak bius dah," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Elizad termasuk beberapa rakan artis mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
"Ya Allah kau bantu lah kakakku untuk mendapatkan zuriat kali ini," tulis Aprena Manrose.
"Semoga semuanya dipermudahkan, Amin Ya Rabb," tulis Diana Danielle.
"Semoga Allah permudahkan segalanya dalam hidupmu semoga kau memperolehi zuriat yang soleh dan solehah, Amin," tulis Zarina Zainuddin.

Menerusi laporan Gempak pada 16 Februari 2020, Elizad mengumumkan dia berehat seketika dari mengacara program bual bicara Mingguan Wanita demi menjalani rawatan IVF.
Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
