Hiburan

"Harap-Harapnya 2020" - Pulang Umrah, Emelda Rosemila Cantik Berhijab

gempak
Amri Hassan
09/01/2020
01:16 MYT
Sponsor Banner
"Harap-Harapnya 2020" - Pulang Umrah, Emelda Rosemila Cantik Berhijab
Pelakon Emelda Rosemila mencuri tumpuan ramai apabila tampil berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
BACA: “Alhamdulilah, Dijemput Sekali Lagi…”- Adlin Aman Ramlie Umrah Bersama Keluarga
Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlie itu memuat naik fotonya berselfie dengan mengenakan hijab.
"Harap-harapnya 2020? Selamat melalui hari penuh indah," tulisnya ringkas.
A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
Meninjau ruangan komen foto terbabit, rata-rata peminat setianya mendoakan agar Emelda terus istiqamah.
"Masya-Allah cantik sungguh berhijab. Nampak lebih ayu dan sopan sangat," tulis @balqiisshh.
"Subhanallah semoga 2020 memberikanmu hijrah baharu. Ku titip doa buatmu si cantik," tambah @shabymaharom.
"Lain sungguh muka sekarang. Love it!" sahut @natash4_ghazali pula.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini berusia lapan tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live