Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Harapkan MK Je Ni Kalau Tak….” - Muzik Video Peluang Kedua Cecah 10 Juta Tontonan Tapi Masih Ada Netizen Yang...

Hanafis Haris
05/09/2020 07:20 MYT

Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila muzik video Peluang Kedua telah mencapai tontonan sebanyak 10 juta.

Jumlah berkenaan diperoleh hanya dalam masa dua minggu selepas ia dimuat naik di YouTube.

Berita gembira itu turut dikongsi Nabila atau lebih mesra disapa Bella di sebuah entri di Instagramnya.

“Alhamdulillah syukur, 10 MILLION views dalam masa dua minggu.

“Ini semua hasil kerja keras team produksi yang menjayakan Music Video ni. You know who you are.

“Bagi Bella kejayaan ni merupakan kejayaan mereka semua. Tanpa penat lelah mereka, mungkin Music Video ini hanya jadi angan-angan Bella je.

“Tidak dilupakan MK K-Clique untuk penampilan yang cukup cemerlang,” katnnya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menonton video di sebalik tabir pembikinan muzik video Peluang Kedua di YouTube rasmi Nabila Razali.

“Kalau nak tahu siapa orang penting yang bagi letop MV ni, korang kene tengok Behind The Scene MV Peluang Kedua di YouTube Channel Nabila Razali Entertainment tepat jam 11 malam ni,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata terkejut apabila jumlah tontonan tersebut sangat tinggi memandangkan ia baru dimuat naik dua minggu lalu.

Walaubagaimanapun, terdapat juga komen ‘nakal’ yang mendakwa kehadiran MK MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan antara faktor video tersebut mendapat perhatian.

Alhamdulillah syukur, 10 MILLION views in 2 WEEKS!! ??? Ini semua hasil kerja keras team produksi yang menjayakan Music Video ni. You know who you are. Bagi Bella kejayaan ni merupakan kejayaan mereka semua. Tanpa penat lelah mereka, mungkin Music Video ini hanya jadi angan-angan Bella je ? And of course, MK K-Clique for the outstanding performance ! ?????? So kalau korang nak tahu siapa org2 penting yang bagi letop MV ni, korang kene tengok Behind The Scene MV Peluang Kedua di Youtube Channel Nabila Razali Entertainment tepat jam 11 malam ni okay!

A post shared by Second Chance ??? (@nabila.razali) on





#Peluang Kedua #NabilaRazali
;