Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin sudah memulakan bantuan untuk mengagihkan barangan keperluan kepada yang memerlukan.

Pada satu entri di Instagramnya, PU Amin berkongsi barangan yang diagihkan kepada 50 keluarga yang hilang pendapatan di sekitar kawasan Beranang dan Semenyih.

"Di sana ramai orang kerja sendiri , ramai kerja kampung, pendapatan terjejas dan nak dapat barang dapur juga terhad.

"Harapnya bekalan ini dapat meringankan beban mereka untuk menyambut Ramadhan. Bila makan minum ada, nak puasa jadi seronok kan. Doakan saya. Selagi mampu kita akan usahakan," tulis PU Amin.

Tambah beliau, pada mulanya idea datang untuk membantu ustaz, ustazah dan guru agama sahaja, tetapi alang-alang sudah buat, dia mahu melakukannya bersungguh-sungguh.

"Biar semua dapat manfaat. Moga Allah terima amalan kita . Saya hanya mengharap doa insan-insan ini, hanya doa yang saya mahu sebagai balasan," tulis PU Amin.

Barang dapur dah dibeli , dah siap pack , pukul 2 petang ni , kita agihkan terus pada 50 keluarga yang hilang punca pendapatan di sekitar kawasan beranang dan semenyih . Sana ramai orang kerja sendiri , ramai kerja kampung , pendapatan terjejas dan nak dapat barang dapur juga terhad.. . Harapnya bekalan ini dapat meringankan beban mereka untuk menyambut Ramadhan . Bila makan minum ada , nak puasa jadi seronok kan . Doakan saya . Selagi mampu kita akan usahakan . Saya mula dengan idea nak bantu ustaz ustazah guru agama sahaja , tapi alang alang dah buat , kita buat sungguh sungguh . Biar semua dapat manfaat . Moga Allah terima amalan kita . Saya hanya mengharap doa insan insan ini , hanya doa yang saya mahu sebagai balasan.. . Motor belakang tu lama tak jalan , rindu nak ride ?.. . Terima kasih juga pada yang menyumbang , saya jalankan amanah harta ini agar sampai pada mereka yang layak dan memerlukan.. . Bagi yang nak bantu menyumbang,boleh salurkan pada : Mahabbah Al Amin Resources 1209 20100 44098 BANK ISLAM

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Dalam satu entri terbaru, PU Amin berkongsi sekitar pembahagian agihan makanan asas tersebut sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba.

"Alhamdulillah selesai agihan makanan asas sebagai persediaan menyambut Ramadhan. Saya katakan pada mereka ini hadiah. Bukan sedekah. Saja-saja nak bagi hadiah.

"Ramai yang terjejas pendapatan sebab tak dapat kerja musim covid 19. Gaji tak ada, makanan kat rumah dah habis. Saya kumpulkan mereka tadi. Bagi hadiah. Mereka seronok sangat, senyum dan syukur.

Menurut PU Amin, selepas selesai mengagihkan hadiah tersebut, dia pergi rumah ke rumah untuk membuat sedikit tazkirah menjelang Ramadan.

"Semua tanya macam mana nak terawih dekat rumah, nak solat raya dekat rumah, sambil bagi hadiah sambil kongsi ilmu.

"Saya hadiahkan Face Mask dan Hand Santizer. Seronok dorang. Yelah bukan senang nak dapat. Kalau ada mahal. Mereka tak mampu," tulis PU Amin lagi.

Tambah beliau, amat seronok menyebarkan kasih sayang, apatah lagi misi 50 buah keluarga yang dirancang tercapai.

Alhamdulillah selesai agihan makanan asas sebagai persediaan menyambut Ramadhan . Saya kata kan pada mereka ini hadiah . Bukan sedekah . Saja saja nak bagi hadiah.. . Ramai yang terjejas pendapatan sebab tak dapat kerja musim covid 19 . Gaji tak ada , makanan kat rumah dah habis . Saya kumpulkan mereka tadi . Bagi hadiah. Mereka seronok sangat , senyum dan syukur.. . Lepas tu saya pergi rumah ke rumah . Buat tazkirah sedikit . Bagi nasihat menjelang ramadhan . Semua tanya macam mana nak terawih dekat rumah , nak solat raya dekat rumah , sambil bagi hadiah sambil kongsi ilmu.. . Saya hadiahkan Face Mask dan Hand Santizer . Seronok dorang . Yelah bukan senang nak dapat . Kalau ada mahal . Mereka tak mampu.. . Seronok bila sebarkan kasih sayang . Alhamdulillah misi 50 keluarga tercapai . Barang dapur saya beli yang ada kualiti , telur gred AA , kicap jalen sardin adabi BMF . Terima kasih Allah sebab bagi nikmat berkongsi rezeki. Asbab sedekah ini matikanlah segera virus covid ini Ya Allah.. . Esok pula nak hadiah baju PPE untuk frontline dan staff hospital sg buloh . Baju dah siap . OTW nak uruskan hantar . Doakan ya.. . Terima kasih pada semua , yang menyumbang dan yang bantu saya agihkan makanan ini . Allah Swt balas syurga buat kalian.. . . Mahabbah Al Amin Resources 1209 20100 44098 BANK ISLAM

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


"Esok pula nak hadiah baju PPE untuk frontline dan staff hospital Sg Buloh. Baju dah siap. Dalam usaha nak uruskan penghantaran. Doakan ya.

"Terima kasih pada semua yang menyumbang dan yang bantu saya agihkan makanan ini. Semoga Allah Swt balas syurga buat kalian," tambah PU Amin.

Jika ada di antara anda yang ingin menyumbang dan menderma melalui PU Amin, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Instagram beliau.