Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Harga Diri Aku Dipijak-Pijak!" - Isu Hina Kemaluan Berbau Ikan Masin, Aktres Masih Belum Sedia Maafkan Bekas Suami

Amri Hassan
01/08/2019 03:36 MYT
Bekas isteri kepada pelakon Galih Ginanjar, Fairuz A. Rafiq masih belum bersedia untuk menerima permohonan maaf berhubung hinaan yang diterimanya sebelum ini.

BACA: Gara-Gara Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun

Fairuz yang menerima sepucuk surat permohonan maaf dari Galih mempertikaikan mengapa tindakan tersebut tidak dilakukan terlebih awal.

"Selama ini aku dizalimi, selama ini aku dipijak-pijak harga diri aku sebagai seorang perempuan, selama ini aku berusaha untuk diam," katanya memetik laporan Liputan 6 semalam.

Sambil menangis, Fairuz tertanya masih menyimpan rasa sakit hati terhadap tindakan bekas suaminya itu yang menjadikan isu kemaluan berbau ikan masin sebagai bahan kandungan video Youtuber Rey Utami dan Pablo Benua.

"Kalian tidak tahu apa yang saya rasakan. Aku berusaha untuk kuat demi anak-anak dan mama.

"Apabila sudah jadi begini baru minta maaf menyesal, jadi sebelum ini kemana? Kerana kalian tidak tahu apa yang aku rasakan," tambah Fairuz.

Galih, Rey dan Pablo masih berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk dibicarakan.

Sumber: Liputan 6
#Indonesia #Galih Ginanjar #Fairuz A. Rafiq #Ikan Masin
;