Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Harga Duit Hantaran Tu” - Aeril Zafrel Berbelanja Lebih RM10k Makan Di Restoran Salt Bae?

Izwan Isa
15/06/2022 23:50 MYT
Melihat pada kemas kini instagram Aeril Zafrel, pelakon dan usahawan popular itu kini sedang berada London, England. Keberadaannya di sana ditemani oleh isteri tercinta, Wawa Zainal.

Selain memuat naik gambar-gambar percutiannya di bumi Eropah itu, Aeril turut berkongsi momen dia, isteri dan rakan-rakan menikmati hidangan stik di restoran popular Nusr-Et London milik tukang masak tersohor Salt Bae.

Lebih menarik, kedatangan Aeril dan rombongan disambut meriah oleh Salt Bae yang turut menghidangkan stik yang telah di masak kepada mereka.

Tidak cukup dengan itu, Aeril dan rakan-rakannya turut dilayan dengan istimewa dan Salt Bae turut menyuapkan daging yang telah dipotong ke dalam mulut Aeril.

Begitupun, pada akhir video, Aeril turut berkongsi harga yang perlu di bayar untuk hidangan yang dipesan.

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)


“Itulah, lepas ni kalau nak makan kena tengok harga dulu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, menerusi perkongsian sama, makanan yang dipesan oleh Aeril dan rakan-rakan berharga £1,791.70 atau bersamaan sekitar RM10,065.54.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Aeril terkejut dengan harga makanan yang terpaksa dibayar oleh mereka ketika menjamu selera di restoran berkenaan.

“Tak apa… kenangan dan bahagiakan orang tersayang itu yang penting.”

“Harga duit hantaran tu.”

“10k macam nak kenduri belanja makan. Tak apa untuk famili.”

#Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Salt Bae
;