“Harga Durian Macam Kayangan!” - Lori Durian Terbalik, Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Azwa Rahman
24/06/2021 02:52 MYT
24/06/2021 02:52 MYT
Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor terbalik dalam nahas di Kilometer (Km) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman, kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar pukul 1.55 tengah hari.
“Kemalangan dikatakan berpunca apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun itu hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang pada bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.
"Akibat kemalangan itu, pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram (1 tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman di bawah "Rule 10 LN 166/59".
Di laman sosial Facebook, kejadian itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang pastinya kasihan melihat nasib yang menimpa pemandu lori berkenaan.
“Kesian tauke durian. Dah la musim gawat, dapat dugaan pulak mcm ni. Harap bersabar ya ,semoga Allah permudahkan urusan. Amin,” komen seorang wargamaya.
“Kesian abg driver, doakan dia. Tokey durian mesti bagi pampasan setimpal kat abg driver tu. jangan pikir untung je. Harap takde apa lah. Orang awam kutip durian tu buat balik umah bagi anak bini mkn. Kalau tuan punya durian halalkan Alhamdulillah,” komen seorang wargamaya.
“Harga durian macam kayangan. Di musim pkp ni pun jual harga berganda hebatnya. Akhirnya Allah tarik nikmat rezeki cukup sampai disitu,” tulis seorang wargamaya.
“Tayar lori pecah tak ada kena mengena dengan harga durian, boleh tak bersangka baik sekali je, kesian driver lori tu, semoga dia selamat,” luah seorang wargamaya.
“Tah la...tekak ni teringin nak makan...tapi tengok harga, hanya mampu menarik nafas panjang,” ujar seorang wargamaya.
“Ramai betul yang mengeji. Agak-agak yang mengeji ni kalau jadi seller durian, murah bebenor yer juai nye? harap-harap nye semua pemurah la,” pesan seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: Kosmo Online