gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dr Imelda Balchin Nasihat Jangan Guna Tester Lipstik Terus Ke Bibir - “Kalau Orang Lain Dah Letak Atas Bibir, Apa-Apa Virus Melekat Memang Boleh Berjangkit”
HIBURAN
Fasha Sandha Sarung Balik Baju Tunang 7 Tahun Lepas, Terima Anugerah Pingat Jasa Baik
VIRAL
Kanak-Kanak Pelarian Iran Cedera Parah Dihempas Lelaki Di Lapangan Terbang, Suspek; "Saya Berada Dalam Pengaruh ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Harga Emas Menjunam, Rakyat Kelantan Tak Lepaskan Peluang Tambah Aset!

Gempak
Gempak
27/06/2025
00:50 MYT
Sponsor Banner
Harga Emas Menjunam, Rakyat Kelantan Tak Lepaskan Peluang Tambah Aset!
Harga emas dunia mencatatkan penurunan ketara dalam tempoh dua minggu ini susulan gencatan senjata antara Iran dan Israel sekali gus menyebabkan kedai emas di sekitar bandar Kota Bharu diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan barangan kemas.
Perkara itu diakui oleh peniaga kedai emas Mah Kampong Kito, Azuwadi Aman Razali, 39, yang memaklumkan bahawa harga emas mula menunjukkan penurunan sejak Ahad lalu.
“Boleh dikatakan setiap hari harga emas turun. Untuk hari ini sahaja, satu gram berharga RM432.35.
“Sepanjang Jun ini, harga emas paling murah dicatatkan ialah RM428.67 satu gram ketika bermulanya gencatan senjata antara Iran dan Israel,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menurut beliau, harga tertinggi yang direkodkan sepanjang Jun adalah RM447.42 satu gram.
Tambahnya, orang ramai mengambil kesempatan ke atas situasi ini untuk menambah aset masing-masing.
“Ketika harga emas melonjak sebelum ini, ramai penduduk Kelantan sudah mula melakukan pembelian panik kerana bimbang harganya terus meningkat.
“Sekarang apabila harga semakin murah, mereka berebut mendapatkan barangan kemas sama ada untuk dijadikan perhiasan mahupun simpanan aset.
“Di kedai kami, pelanggan bukan sahaja dari Kelantan tetapi juga dari seluruh negara, terutama ketika musim perayaan dan cuti umum,” ujarnya.
Sementara itu, peniaga kedai emas Raffiya Gold, Asmaq Abdul Karim, 35, turut mengesahkan bahawa harga emas mula menunjukkan penurunan minggu ini namun, harga paling tinggi yang dicatatkan sepanjang Jun adalah sekitar RM450 satu gram.
“Orang Kelantan mempunyai trend yang unik, apabila harga emas naik, mereka lebih banyak membeli.
“Semasa harga emas tinggi sekitar bulan Mac hingga Mei, ramai membuat pembelian panik.
“Selepas Hari Raya Aidiladha, jual beli emas menjadi perlahan sedikit, namun dengan penurunan harga terkini, kami menjangkakan pembeli akan kembali berbelanja,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin memaklumkan bahawa harga emas mula turun pada Rabu kesan langsung daripada gencatan senjata antara Israel dan Iran.
“Harga emas turun sebanyak RM6 satu gram. Semalam RM469, hari ini RM463.
“Saya tidak dapat menjangka situasi ini akan bertahan berapa lama kerana semuanya bergantung kepada geopolitik dunia hari ini,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa harga emas dunia mencatatkan penurunan mendadak susulan pengumuman gencatan senjata antara Iran dan Israel yang mengurangkan permintaan terhadap logam berharga itu sebagai aset selamat.
Menurut Reuters, harga emas spot susut sebanyak 1.9 peratus kepada AS$3,303.93 (RM15,527) seauns selepas menyentuh paras terendah sejak 11 Jun.
Niaga hadapan emas AS turut merosot sebanyak 2.2 peratus kepada AS$3,318.90 (RM15,598) seauns.
Naib Presiden dan Pakar Strategi Logam Kanan di Zanier Metals, Peter Grant, berkata ketegangan yang berkurangan di Asia Barat memainkan peranan besar dalam menekan harga emas dunia.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#perang
#Kelantan
#Israel
#Iran
#Emas
#Harga
#Menjunam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement