Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan bekas suaminya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar meminta sejumlah wang sebelum diminta melafazkan cerai terhadapnya.

Kata Zarina selama bergelar isterinya, segalanya perlu dibayar dengan duit dan difahamkan dia telah membuat laporan polis.

“Ini lah apa yang aku kena harungi dengan Yas (bekas suami) semua duit… Sebab tu aku saja offer nak pancing.

“Tapi mulut cakap ‘aku tak hadap duit Anju’ tapi time naik ceraikan aku bukan main post kat InstaStory.

“Semua ni aku dah bagi pada polis dan lawyers. Ini ke definisi tak hadap duit Anju?” katanya.

Zarina berkongsi perkara tersebut di satu kemas kini akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik satu paparan skrin bualannya dan bekas suami di mesej peribadi IG yang menjukkan bukti Eilyas meminta RM10,000 untuk dipindahkan ke akaunnya sebelum diceraikan.


Tambah Zarina dia bukan sengaja hendak membuka cerita tetapi dia sudah tidak sanggup menahan sabar.

“Masa aku meroyan kat live tu sebab dia ceraikan aku kat InstaStory! Mana aku nak letak maruah aku!

“Ya aku cerita apa aku kena dengan dia tapi sangat-sangat on the surface contoh seperti tak pernah aksi aku nafkah tak dan kau aibkan aku.

“Yang benda-benda serius aku simpan plus aku tak sanggup nak buka semua cerita, tapi dia balas balik letak semua hal personal aku totally.

“Tak ada sekarang aku dah fed up aku buka semua,” jelasnya.

Pun begitu dua posting ini sudah dipadam oleh Zarina sebentar tadi.

Zarina sudah dua kali bercerai dengan Eilyas selepas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020.

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)