Pemilik penternakan Yarrawonga Cattle Company iaitu syarikat pengembala lembu dari Australia seperti mendapat durian runtuh apabila salah seekor lembu jantan miliknya terjual dengan harga jutaan ringgit.

Andrew Bassingthwaighte mengatakan lembu jantan dari jenis Gertrudis itu telah laku terjual dengan nilai sebesar A$250,000 atau bersamaan RM1.161 juta!

Jika dibandingkan harga lembu jantan tersebut dengan kereta mewah dari jenama Porsche, ia malah jauh lebih mahal dari jentera yang selalu menjadi idaman ramai itu.

Mengikut senarai harga Porsche di Malayasia pada tahun ini, jentera dari jenis Taycan dijual bermula harga RM595,000 sehingga RM934,000.

Harga tersebut jauh lebih murah dari lembu jantan yang berjaya dibeli secara lelong tersebut.

Mengaku terkejut dengan harga jualan tersebut, Bassingthwaighte berkata ia adalah sangat biasa,namun dia dan keluarganya cukup gembira dengan ‘pulangan’ dan penat lelah menjaga lembu tersebut.

Bassingthwaighte juga mengatakan ada sejumlah faktor yang menyebabkan harga lembu jantan miliknya memecahkan rekod lelongan.

“Lembu jantan ini sangat tampan dan ia boleh menjadi satu pelaburan yang besar oleh para pengembala.

“Jadi saya percaya apa yang membuat pembeli mahu memilikinya adalah kerana ia mempunyai daya tarik seksual,” ujarnya seperti dilaporkan ABC Australia.

Malah penternak itu juga mendakwa air mani lembu jantan tersebut turut memiliki harga yang tinggi jika dijual kepada pasaran luar.

Kredit Foto: ABC Australia & DSF.my