Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Harga Makin Tinggi, Keladi Masjid Pun Kau Nak Rembat? Tergamak Betul!

Hanafis Haris
11/10/2021 22:50 MYT
Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, pokok keladi dilihat semakin menjadi kegilaan ramai ramai.

Menerusi platform beli belah atas talian, pokok keladi atau turut dikenali sebagai caladium dijual dengan pelbagai julat harga serendah RM10 hingga RM2,000 bergantung pada jenis dan bakanya.

Harga yang boleh mencecah ribuan ringgit berkemungkinan menjadi faktor utama tanaman itu dianggap bernilai ketika ini.

Malah, mungkin disebabkan itu jugalah kes kecurian membabitkan pokok keladi semakin berleluasa.

Terbaru, tular sebuah video dipercayai berlaku di sebuah masjid di Kelantan.

Menerusi video berdurasi 20 saat yang dirakam kamera litar tertutup itu, dua individu termasuk seorang lelaki dan perempuan datang ke masjid ketika waktu malam.

Tanpa berselindung, wanita tersebut turun daripada motorsikal dan terus mengambil dua pokok yang diletakkan di laman masjid.

Biarpun menunggang motosikal, namun ia sedikit pun tidak menghalang mereka mencuri pokok-pokok berkenaan.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya pelik mengapa pokok keladi tersebut menjadi tumpuan utama pencuri.

Jika dahulu tabung masjid terpaksa dikunci, mungkin pokok keladi juga perlu dikawal rapi.










#Viral #Masjid #Curi #Keladi
;