Laman Utama

Harga Setara Dengan Seunit Rumah, Ini Fakta Menarik Mengenai Pelancaran Kereta Tesla Di Malaysia

gempak
Izwan Isa
15/07/2023
15:50 MYT
Sponsor Banner
Harga Setara Dengan Seunit Rumah, Ini Fakta Menarik Mengenai Pelancaran Kereta Tesla Di Malaysia

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai dalam kalangan penggemar kenderaan dilihat tidak sabar menantikan kemunculan kereta elektrik Tesla dijual di pasaran Malaysia.

Nah, penantian tersebut bakal berakhir kerana jenama kereta elektrik dari Amerika Syarikat itu bakal muncul secara rasminya pada 20 Julai ini.
Memetik laman automotif Paultan, Tesla Model Y sudah pun boleh ditempah dengan bayaran harga deposit RM1,000 (tidak boleh dikembalikan) di Malaysia dan penghantaran terawal bermula awal 2024.
Ditawarkan pada harga yang agak kompetitif, model asas Tesla Model Y RWD dijual pada harga bermula RM199,000, diikuti Tesla Model Y Long Range AWD dijual pada harga RM246,000 dan varian tertinggi Tesla Model Y Performance AWD akan dijual pada harga RM288,000.
Selain itu, anda juga boleh membuat tingkat taraf dengan tambahan bayaran seperti berikut:
Warna Hitam, Perak dan Biru – RM5,000 Warna Merah dengan pelbagai lapisan – RM10,000 Dalaman berwarna Hitam atau Putih – RM5,000 Rim Induction 20-inci – RM10,000 Sistem Autopilot dipertingkat – RM16,000 Pemanduan Sendiri Sepenuhnya – RM32,000
Tesla Model Y merupakan SUV kompak dengan saiz seperti BMW X3 dan Mercedes-Benz GLC. Manakala saingan terusnya dalam segmen EV adalah model seperti BMW iX3 dan juga Mercedes-Benz EQC.
Buat masa ini, Tesla masih belum mendedahkan kapasiti bateri untuk Model Y pasaran Malaysia ini, namun apa yang pasti Model Y menggunakan asas sistem elektrik 400V.
Sumber: Paultan
BACA: Bukan Kaleng-Kaleng, Suami Hadiahkan Tesla Buat Tya Arifin Sempena Anniversary Perkahwinan & Hari Jadi - "I Happy Dapat Kereta"
BACA: Tony Fernandes Tayang Tesla Di Instagram, Netizen Mahu Duit Refunds AirAsia Dikembalikan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024