ASTRO GEMPAK ARTICLE
Harga Tiket Konsert Elite Dikatakan Terlalu Mahal, Abby Tak Marah - “Yang Tak Berminat Tak Apa… Duduk Tepi”
Pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi mengambil maklum mengenai isu harga tiket konsert mereka yang dikatakan agak mahal.
Kembalikan kenangan 90an
Tidak cepat melatah, Abby bagaimanapun meminta orang ramai memberikan peluang kepada Elite untuk menjayakan konsert sulung mereka yang bakal berlangsung pada September ini.
“Kemunculan Elite untuk showcase (konsert) yang akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 20 September nanti sekadar ingin memeriahkan industri mengembalikan kenangan pertengahan 90an,” maklumnya.
Mahu beri persembahan terbaik
Tambah Abby lagi, sekiranya ada yang tidak berminat, Elite tidak berkecil hati sebaliknya akan memberi fokus untuk memberikan persembahan terbaik selain mengembalikan nostalgia zaman remaja mereka.
Terdahulu, tiket konsert Elite menjadi bualan hangat netizen selepas diumumkan dan rata-ratabta berpendapat harga yang diletakkan terlalu mahal.
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang membandingkan harga tiket Elite dengan konsert artis popular lain tanah air.
Harga tiket untuk konsert ELITE LIVE '25 adalah seperti berikut dan mengikut kategori:
GIG - RM 1,088 (termasuk meet & greet dan refreshment)
Manisnya senyumanmu - RM588
Catwalk - RM268
Tamparan Wanita - RM268
Tiket boleh diperoleh menerusi www.ticket2u.com.my