Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Hargai Jasa Ibu Bapa, Eyra Hazali Hadiahkan Sebuah Kereta - "Siapa Sangka, Rezeki Melimpah Ruah Pada Awal Tahun ..."

Zulaikha Yusof 13/04/2021 | 04:20 MYT
Pelakon Eyra Hazali, 22, menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda kepada kedua ibu bapanya, Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd Johari.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina berkata hadiah kereta jenis X70 itu sebagai tanda terima kasih atas jasa membesarkan dia dan adik-beradik yang lain.
"Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat ibu bapa saya (ada temujanji doktor). Hadiah ini tak sebesar jasa mummy dan ayah untuk besarkan kami 7 beradik.
"Selagi ada kudrat, Eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy dan ayah," tulisnya di Instagram (IG).
Menerusi perkongsian itu, Eyra turut memuat naik foto keluarga yang diambil bersama kereta itu.
Tambah pelakon drama Mr. Grey, dia bersyukur kerana hasratnya untuk memberi keselesaan kepada individu yang paling berjasa sudah tercapai.
"Alhamdulillah syukur. Selalu tertanya-tanya bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yang lebih selesa.
"Siapa sangka, rezeki melimpah ruah pada awal tahun buat Young Living dan selepas tunggu dari bulan Februari, tepat pada masanya," tulisnya lagi.
Dalam masa sama, anak kelahiran Ampang ini menyatakan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) turut membeli sebuah kereta mewah jenis Vellfire.
Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020.
#Hadiah #Eyra Hazali #Kereta #Ibu Bapa
;