HIGHLIGHTS
“Hargai Pasangan, Jangan Selalu Gaduh, Ajal Kita Tak Tahu...” – Farah Redha Dengan Pemergian Suami...
Walau sudah hampir tiga bulan anak kepada pelakon Fauziah Nawi dan suami kepada Farah Ahmad iaitu Pitt Hafiz meninggal dunia akibat lemas ketika memancing, namun kisahnya masih dikuti oleh sesetengah orang yang rapat dengannya. Ketika Farah hadir ke set program Currhat untuk tayangan Astro Prima baru-baru ini, InTrend berkesempatan menemubual beliau yang kelihatan tenang dan sopan dengan jubah dan selendang hitam. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Tiada riak kesedihan menyelubungi zahir, namun batinnya tiada siapa yang tahu.
Sepanjang perbualan ini dirakam, Farah tidak sekali pun menitiskan air matanya. Kerana baginya, inilah suratan takdir yang sudah ditentukan buatnya dan anak-anak. Tiada kekesalan yang menghimpit jiwa, hanya rasa pasrah dan damai melalui ujian ini. Walau seisi studio sudah bertakung air mata, dia kekal tersenyum membuatkan orang lain rasa kagum dengan ketabahan dan sikap positif yang dipamerkan beliau.