Hargai Peminat Hadiahkan Kereta Proton X70, Niat Murni ChocoAlbab Bahagiakan Orang Ramai Bermula Dengan Sekecil Usaha
Amri Hassan
01/05/2024 01:30 MYT
01/05/2024 01:30 MYT
Ada banyak cara untuk menghargai peminat setia, begitu juga empayar syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama ChocoAlbab produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin berkualiti yang akan menghadiahkan sebuah kereta Proton X70.
Jelas pengasasnya, Said Saiful Fazli, menerusi kempen terbabit, ia sebahagian usaha menghargai peminat serta pembeli jenama berkenaan selepas tiga tahun berada di pasaran.
“Kita mencari pemenang bertuah di antara jutaan peminat jenama kami untuk memiliki kereta berkenaan yang bernilai lebih RM100,000. Kita juga mengutamakan jenama kereta tempatan sebagaimana kami terus memperjuangkan jenama ChocoAlbab milik bumiputera. Ini selari dengan jenama kereta tersebut menjadi kereta pilihan rakyat Malaysia.
“Selari dengan tagline ChocoAlbab iaitu “living in joy” atau “hidup berbahagia”, kami sangat komited ingin membahagiakan orang ramai dengan produk dan jenama kami.
“Nak menang kereta itu untuk hadiahkan kepada yang tersayang seperti ibu bapa, suami, isteri dan sebagainya juga amat dialu-alukan. Barangkali yang nak tukar kereta baharu, inilah peluang dan kesempatan yang ada untuk berbuat demikian. Siapa tahu kereta ini bakal menjadi milik anda,” kata Said.
Kempen tersebut dilancarkan serentak dengan penganjuran Karnival Jom Heboh 2024 bermula Mei hingga November depan membabitkan empat lokasi termasuk di Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
“Mana tahu dengan hanya berbelanja RM29.90 mereka bukan sahaja dapat barangan kami malah mereka dapat sertai peluang memenangi Proton X70.
“Mereka juga boleh meningkatkan peluang memenangi Proton X70 dengan membeli lebih dari satu bagi melayakkan mendapat lebih banyak penyertaan.
“Rezeki tak pernah salah alamat. Usaha kecil anda dengan bermula menerusi pembelian barangan kami dari harga ditetapkan mungkin akan mengubah segala-galanya,” Katanya.
Kata Said lagi, sepanjang mengikuti kembara siri jelajah Karnival Jom Heboh 2024 ini, mereka akan terus rancak mempromosikan produk dihasilkan.
“Yang nak cuba rasa sampel ChocoTub dan minuman Belgium Choco juga jangan segan untuk singgah ke gerai kami selama Karnival Jom Heboh berlangsung.
“Lokasi di Putrajaya bermula 3 hingga 5 Mei ini, Melaka (28 hingga 30 Jun), Pulau Pinang (27 hingga 29 September) dan terakhir di Johor (1 hingga 3 November),” Katanya.
Untuk makluman, perkataan Albab di dalam jenama berkenaan turut memberi maksud yang sangat simbolik.
Ia diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud “pintu”. Di mana Pintu itu memberi makna lebih tepat kepada 'Pintu Rezeki' dan 'Pintu Kebahagiaan'.
Jenama ini juga bangkit ketika negara dilanda pandemik COVID 19 pada 2020 dan terus berkembang pesat serta meledak hingga kini kerana turut dijual di restoran Mamak dan kedai runcit di seluruh negeri.
Jelas pengasasnya, Said Saiful Fazli, menerusi kempen terbabit, ia sebahagian usaha menghargai peminat serta pembeli jenama berkenaan selepas tiga tahun berada di pasaran.
“Kita mencari pemenang bertuah di antara jutaan peminat jenama kami untuk memiliki kereta berkenaan yang bernilai lebih RM100,000. Kita juga mengutamakan jenama kereta tempatan sebagaimana kami terus memperjuangkan jenama ChocoAlbab milik bumiputera. Ini selari dengan jenama kereta tersebut menjadi kereta pilihan rakyat Malaysia.
“Selari dengan tagline ChocoAlbab iaitu “living in joy” atau “hidup berbahagia”, kami sangat komited ingin membahagiakan orang ramai dengan produk dan jenama kami.
“Nak menang kereta itu untuk hadiahkan kepada yang tersayang seperti ibu bapa, suami, isteri dan sebagainya juga amat dialu-alukan. Barangkali yang nak tukar kereta baharu, inilah peluang dan kesempatan yang ada untuk berbuat demikian. Siapa tahu kereta ini bakal menjadi milik anda,” kata Said.
Kempen tersebut dilancarkan serentak dengan penganjuran Karnival Jom Heboh 2024 bermula Mei hingga November depan membabitkan empat lokasi termasuk di Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Rezeki tak salah alamat
Tambah Said, kempen ini cukup bermakna dan positif dalam memberi impak kepada masyarakat yang tidak memiliki kereta atau ingin bertukar kepada kereta baru untuk kegunaan keluarga.“Mana tahu dengan hanya berbelanja RM29.90 mereka bukan sahaja dapat barangan kami malah mereka dapat sertai peluang memenangi Proton X70.