Penyanyi MK K-Clique mendedahkan yang dia sangat merindui suasana Hari Raya Aidilfitri di kampung halamannya di Tawau, Sabah.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, hal yang paling dinanti-nantikan tentulah beraya bersama keluarga dan juga rakan taulan.
Namun, sungguhpun memasang rasa teruja, dia masih berhati-hati perihal standard operasi prosedur (SOP) yang masih ditekankan oleh pihak kerajaan.
“Raya macam biasa sahaja. Tahun lepas dapat balik, cuma lambat. Jadi, tahun ni nak beraya all out dengan family. Tapi, saya tetap patuh SOP kerana saya perlu juga ambil maklum keprihatinan dan kerisauan orang lain
“Saya sebenarnya rindu nak bergaul dengan orang ramai tanpa SOP tapi kita harus juga harus hormati pendapat orang lain. Jika ada sesuatu hal yang memerlukan kita patuh SOP, kita harus ikut,” katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, MK turut mengakui rindukan masakan hari raya yang ada di Sabah.
“Umum mengetahui yang di Sabah banyak etnik dan macam saya sendiri orang Bajau. Jadi, setiap etnik mempunyai hidangan istimewa masing-masing dan saya tak sabar nak rasai kembali pengalaman menjamu selera pada hari raya bersama keluarga dan kawan-kawan,” katanya.
Ditanya adakah dia tidak kisah jika ada peminat yang datang menyerbu rumahnya, MK berkata: “Jujurnya, saya tidak kisah sebab ada yang tahu mana saya tinggal. Lagipun mereka ni pandai jaga batas dan tahu bila nak datang.
“Mereka selalunya minta izin dan tak pernah pula serbu. Tapi kalau serbu pun saya takkan halau,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, MK bakal muncul dengan filem baharu berjudul Bunga Dan Kayu. Filem ini mengisahkan tentang Noah (lakonan MK) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK dan Azira, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Mon May 02 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!