Hiburan
Hargai Warga Kerja Belakang Tabir, Profima Pertandingkan 57 Anugerah
Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) bakal menganjurkan Anugerah Profima 2019 (AP2019).
Anugerah tersebut melibatkan kerja profesional belakang tabir, pembikinan filem, drama dan iklan (KREW).
AP2019 yang dianjurkan buat kali ke-12 ini bertujuan untuk menghargai dan menobatkan jasa pekerja belakang tabir yang selama ini bertungkus-lumus menaikkan serta menjayakan industri perfileman Malaysia.
Sebanyak 57 anugerah akan diberikan antaranya Produser Terbaik, Pengarah Terbaik, Solekan Terbaik, Aksi Lagak Ngeri Terbaik, Pengarah Seni Terbaik, Jurukamera Terbaik dan banyak lagi.
Bagaimanapun hanya 54 kategori dipertandingkan manakala tiga lagi tidak.
Tarikh penghantaran pencalonan bermula dari 15 Julai 2019 hingga 10 November 2019.
Pencalonan yang dihantar mestilah produk yang telah ditayangkan dari Januari 2017 hingga Jun 2019.
Malam Gala Anugerah PROFIMA 2019 (MGAP2019) bakal diadakan pada 14 Disember 2019 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Untuk maklumat lanjut layari www.profima.com dan Facebook: Anugerah PROFIMA atau hubungi PROFIMA di talian 013-7683856 (Aida/Ina/Nurul).
Berikut merupakan anugerah yang bakal dipertandingkan.
FILM: Best Art Direction, Best Camera Operator, Best Cinematography, Best Colorist, Best Custume Design, Best Director, Best Film Editing, Best Gaffer, Best Key Grip, Best Make Up, Best Original Score, Best Producer, Best Sound Design, Best Special Effects, Best Special Effects Make Up, Best Stunt Direction, Best Stuntman/Stunt Team dan Best Visual Effects.
TELEMOVIE: Best Art Direction, Best Director, Best Editing, Best Make Up, Best Motion Graphics, Best Telemovie dan Best Videography.
TVC: Best Cinematography, Best Colorist, Best Director, Best Editing, Best TVC dan Best Visual Effects.
TV DRAMA SERIES: Best Art Direction, Best Director, Best Editing, Best Make up, Best Motion Graphic, Best TV Drama Series dan Best Videography.
DOCUMENTARY: Best Documentary, Best Editing dan Best Motion Graphics.
ANIMATION FOR TV: Best Animation (TV) dan Best Director (TV).
ANIMATION FOR FILM: Best Animation (film), Best Direction (film) dan Best Original Score (film).
MULTIPLE CAMERA PRODUCTION (MCP): Best MCP dan Best Motion Graphics.
TV MAGAZINE: Best TV Magazine dan Best Motion Graphics.
SHORT FILM: Best Short Film.
SPECIAL JURY AWARD: Anugerah Khas juri (3 anugerah).