Pelakon Lisdawati akui cuba membuang semua gambar serta keratan akhbar fotonya yang tidak bertudung sebelum ini.

Menurut Lisdawati jika bolah dia mahu semua gambar dan video sebelum dia berhijab dihapuskan kerana mahu menjaga auratnya dan bertaubat.

“Banyak dah gambar-gambar lama yang saya dah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.

“Teringat pada beberapa peminat yang paparkan trowback gambar lama saya..

“Saya mohon maaf sangat-sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sedikit mana yang perlu.

“Kalau mampu nak saja saya buang semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan. Semoga Allah terima taubat saya,” katanya.

Lisdawati berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto dari keratan akhbar itu dia turut bersama selebriti lain seperti Rita Rudaini.

Namun rambut dia dan semua selebriti termasuk dirinya telah ditutup dengan contengan pen hitam

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnyayang rata-rata menyokong niatnya itu.

Malah tidak kurang juga yang mendoakan yang terbaik dengan usaha Lisdawati itu.

Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit. ?. Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy.. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu ?. Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu. Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy ? . . Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua. #gambartrowback #doaygbaikbaiksaja

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on