“Hari-Hari Berdoa Supaya Cerita Lama Saya Tak Disiarkan…”- Lisdawati Buang Gambar Tidak Bertudung

Syafiqah Jalal
Mei 19, 2020 07:48 MYT

Pelakon Lisdawati akui cuba membuang semua gambar serta keratan akhbar fotonya yang tidak bertudung sebelum ini.

Menurut Lisdawati jika bolah dia mahu semua gambar dan video sebelum dia berhijab dihapuskan kerana mahu menjaga auratnya dan bertaubat.

“Banyak dah gambar-gambar lama yang saya dah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.

“Teringat pada beberapa peminat yang paparkan trowback gambar lama saya..

“Saya mohon maaf sangat-sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sedikit mana yang perlu.

“Kalau mampu nak saja saya buang semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan. Semoga Allah terima taubat saya,” katanya.

Lisdawati berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto dari keratan akhbar itu dia turut bersama selebriti lain seperti Rita Rudaini.

Namun rambut dia dan semua selebriti termasuk dirinya telah ditutup dengan contengan pen hitam

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnyayang rata-rata menyokong niatnya itu.

Malah tidak kurang juga yang mendoakan yang terbaik dengan usaha Lisdawati itu.

#Bertudung #Lisdawati #Gambar