"Hari-Hari Mak Saya Dah Membebel" - Nubhan Warna Rambut...Keliru & Mohon Pencerahan Tentang Hukum

Asraf Aided
Oktober 17, 2018 05:55 MYT
Penyanyi Nubhan telah berkongsi sebuah video menceritakan dia telah mewarnakan rambutnya baru-baru ini.
Video tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Nubhan, dia berasa keliru dengan hukum sebenar mewarna rambut walaupun pewarna rambut yang digunakannya mendapat pengiktirafan halal dari pihak berkuasa.
"Hari-hari emak saya membebel, saya buat warna 'light' sahaja tetapi masih kantoi.
"Ada sesetengah pihak mengatakan hukum mewarnakan rambut haram, ada juga yang kata halal, saya keliru.
"Saya mohon ustaz-ustaz diluar sana untuk beri pencerahan tentang perkara ini," tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun begitu, di penghujung video tersebut, Nubhan menunjukkan dia telah memotong rambutnya untuk membuang bahagian yang telah diwarnakan itu.
Nubhan mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2008 setelah memenangi tempat ketiga dalam program Akademi Fantasia musim keenam seangkatan bersama Stacy, Riz dan Nadia.
#Nubhan #Nubhan