“Hari Ibu Yang Bittersweet…”- Isteri Keguguran, Deen Beri Gelang Emas
Syafiqah Jalal
10/05/2021 05:20 MYT
10/05/2021 05:20 MYT
Pengacara dan penyampai radio Deen mengesahkan isterinya Wada keguguran anak kedua mereka pada Hari Ibu yang disambut semalam.
Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian, 31, menganggap ia dugaan buat keluarga mereka.
Pun begitu, Deen tetap meraikan isterinya yang merupakan ibu kepada anaknya itu dengan kejutan hadiah seutas gelang emas.
“Hari jumaat hari tu sempat lari kejap beli hadiah hari ibu untuk Wada tapi Allah sebaik-baik perancang. Ada ujian untuk kami.
“Semalam pergi klinik rupanya Wada miscarriage. Hari ibu yang bittersweet yet you still ada saya dan Leia Zarra.
“We love you so much. Selamat berehat & berpantang. You still the best mom in the world,” katanya.
Deen berkongsi berita duka tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik potongan video ketika menghantar isterinya ke hospital serta membuat kejutan sempena hari ibu.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar isterinya segera sembuh dan kuat menghadapi dugaan tersebut.
Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 2 Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata.