Berita
“Hari Ini Aku Kejar Waktu Solat Tapi Allah...”- Erma Fatima Terlepas Penerbangan Ke Umrah
Pelakon dan pengarah, Erma Fatima kecewa kerana penerbangannya untuk ke tanah suci bagi mengerjakan umrah terlepas.
Erma memberitahu gara-gara hendak mengejar waktu sembahyang, dia bersama dua orang anak angkatnya, Citra dan Nurain tidak dapat menaiki penerbangan tersebut.
“Kali ini pergi umrah aku siap packing awal sebab bawa dua anak aku ni.
“Sampai lapangan terbang dan check in settle by 2.30. Kami masuk lounge dan tanya sempat lagi tak nak solat? Orang kaunter tu jawab sempat 10 minit.
“Kami pun solat. Habis solat terus ke gate. Tidak singgah mana pun. Kami sampai 3.10 minit. Gate tutup mereka kata mereka tengah nak keluarkan bag ku. Penerbangan jam 3.25 petang,” ceritanya.
Erma berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia kemuat naik video bersama anak-anak di lapangan terbang.
Erma berkata oleh kerana itu dia tiba-tiba berfikir selama ini dia banyak melengahkan solat tapi kali ini kerana hendak mengejar waktu dia tertinggal penerbangan.
“Menangis rasanya..mata anak-anak aku dah merah. Yang pertama masuk dalam kepala aku adalah selama ini aku banyak melengahkan waktu solat tapi hari ni aku kejar waktu nak solat tapi Allah terlepaskan flight aku.
“Aku reda, cuma nak tanya kenapa orang di kaunter lounge penerbangan kata sempat kononnya?” Katanya lagi.
Bagaimanapun, menerusi entri terbaharu Erma dan anaknya dilihat telah menaiki penerbangan keesokan harinya demi menunaikan ibadah umrah.
Erma akui reda.
“Alhamdulilah, moga ada hikmahnya nanti...” tulisnya di dalam kapsyen.
Selain Citra dan Nurain, Erma mempunyai tiga orang anak angkat lain iaitu Syamil Ikhwan, 26, Ahmad Arir, 25, dan Ahmad Aifin, 22