Laman Utama

“Hari Ini Dia Cantik Sangat” - Luahan Naim Daniel Untuk Majlis Pernikahan Kakak Buat Netizen Sebak

gempak
Azwa Rahman
26/08/2021
06:34 MYT
Sponsor Banner
“Hari Ini Dia Cantik Sangat” - Luahan Naim Daniel Untuk Majlis Pernikahan Kakak Buat Netizen Sebak
Penyanyi Naim Daniel meluahkan catatan istimewa buat kakaknya yang telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan.
Menurut Naim, kakaknya merupakan tulang belakang yang banyak membantu sepanjang kerjayanya bergelar seorang penghibur.
Naim turut berkongsi sekeping foto pernikahan kakaknya dalam persalinan serba putih.
“Hari ini dia cantik sangat. Sebelum ni okay je. Ada cantik, ada kejap muka macam projek terbengkalai. Tapi harini, dia cantik sangat.
“Dialah teman pergi show, tukang suap bila lapar, cabut bulu janggut bila panjang, teman dekat dalam each flight bila kerja, tukang record video, tukang kejut bangun, tukang drive, tukang deal dengan organizer event, tukang tarik bila saya tenggelam dalam crowd, tukang pegang segala barang bila saya sound check dan banyak tukang lagi.
“Dan setiap kali dia bertukang tu? Confirm muka dia lagi serius dari pak menteri. Komited. Dan tak ada masa langsung nak cantik beria. Tapi harini, dia cantik sangat,” tulis Naim di ruangan kapsyen.
Pelantun lagu Sumpah itu turut mendoakan agar kakaknya bersama suami sentiasa aman dan bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga.
“Ya, heroin kesayangan saya yang cantik selepas mama ni dah jadi milik orang. Tak cemburu pun, sikit pun tak. Puih.
“Semoga kakak dan suami dikurniakan ketenangan, kebersamaan dalam menjalin rasa bersama-sama dalam alam yang baru. Dalam mana-mana alam sekalipun. Doa Naim untuk kalian berdua akan sentiasa teriring, mudah-mudahan Allah setuju,” ujarya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya sama-sama menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Tidak kurang juga ramai yang sebak dengan luahan ‘jujur’ daripada seorang adik kepada kakaknya yang sudah berkahwin.
Aaaa sebaknya baca caption,” komen seorang wargamaya.
Baca caption Naim, sedihlah,” ujar seorang wargamaya.
That “sayang kakak sampai bila-bila” sedih,” tulis seorang wargamaya.
Eh kenapa terbit pulak air mata ni. Barakallahulahuma,” kata seorang wargamaya.
Bestnya baca ayat-ayat ni. Tahniah Naim dapat abang ipar,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima 130,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live