Hiburan
"Hari Ini Genap Anak Saya Lima Tahun" - Lara Alana Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-5
Aktres jelita, Scha Alyahya menulis ucapan buat anaknya, Lara Alana yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima hari ini.
Berita gembira itu dikongsi Scha menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Scha meluahkan rasa syukur dan gembira kerana anaknya sudahpun berusia lima tahun.
“Today marks my first born’s 5th birthday. I was indeed blessed and I don’t know how this small little girl can generate so much energy but one thing i do know for sure how she creates so much happiness by being the most amazing daughter one could asked for, Alhamdulillah,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Scha turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan kesejahteraan buat Lara.
“Kepada yang selalu mendoakan kesejahteraan anak saya, terima kasih banyak-banyak.
“Saya bersyukur dan rasa sangat merendah diri,” tambahnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan kebaikan buat Lara.
Scha dan suaminya, aktor Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014.
Must-Watch Video