Hiburan

"Hari Ini Hari Terakhir Dengan Mingguan Wanita" - Elizad Berehat Mengacara, Mulakan Rawatan IVF

gempak
Amri Hassan
15/02/2020
22:55 MYT
Sponsor Banner
"Hari Ini Hari Terakhir Dengan Mingguan Wanita" - Elizad Berehat Mengacara, Mulakan Rawatan IVF
Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan bakal berehat seketika daripada mengacarakan rancangan bual bicara Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu.
Hal itu demi menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) bermula pagi Sabtu.
"Bukan saya berhenti tetapi hari ini (Jumaat) adalah hari terakhir bersama Mingguan Wanita, minggu depan tak ada lagi dah.
"Pagi esok (Sabtu) saya akan menjalani rawatan IVF. Saya nak semua doakan semoga impian saya termakbul," kata Elizad ketika siaran langsung di radio Sinar FM.
Ketika pengumuman itu, rakan sekerja Elizad, Hefny Sahad turut sebak dan mendoakan yang terbaik untuk rawatan tersebut.
Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024