gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Terlibat Langgar Lari, Mandy Moore: “Harap Anda Kena Karma”
HIBURAN
Pelakon Aku Bukan Ustazah Sindir Erika Carlina ‘Tandas Awam’: “Suka Tukar Pasangan”
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Hari Ini Mungkin Hari Terpendek Bumi

Gempak
Gempak
05/08/2025
11:25 MYT
Sponsor Banner
Hari Ini Mungkin Hari Terpendek Bumi
Waktu siang semakin pendek dan bukan hanya kerana musim panas yang semakin berakhir di Hemisfera Utara, lapor penerbitan dalam talian Space.com.
Hari ini (5 Ogos), tempoh siang bumi akan menjadi lebih singkat daripada tempoh 24 jam yang biasa, menurut Timeanddate.com, menjadikannya bukan sahaja salah satu hari terpendek pada 2025 tetapi juga antara yang terpendek pernah direkodkan.
Dengan perbezaan hanya 1.25 milisaat lebih pendek daripada penanda 86,400 saat (24 jam), perbezaan ini tidak dapat dirasai.
Namun, ia adalah sebahagian daripada trend membingungkan yang menjadi misteri kepada saintis bahawa Bumi berputar dengan lebih pantas.
Selepas beberapa dekad menjadi perlahan, putaran planet kita kini semakin pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan pengukur masa masih belum mempunyai penjelasan yang pasti.
Untuk memahami apa yang sedang berlaku adalah penting untuk mentakrifkan maksud sebenar 'sehari'. Tempoh putaran sebenar Bumi - satu putaran penuh 360 darjah penuh berbanding latar bintang-bintang - berlangsung selama 23 jam, 56 minit dan 4.1 saat, menurut EarthSky.
Inilah yang dipanggil sebagai 'hari sidereal'. Ia merujuk kepada masa yang diambil oleh planet untuk berpusing sekali pada paksinya, dengan mengambil kira satu titik tetap.
Ia menjelaskan mengapa bintang dan planet kelihatan terbit di timur kira-kira empat minit lebih awal setiap hari dan mengapa langit malam berubah mengikut musim.
Ini kerana Bumi bergerak di sepanjang orbitnya mengelilingi matahari sambil ia berputar."
Namun, tempoh 24 jam yang kita jalani adalah hari suria (solar day) yang diukur bukan berbanding bintang-bintang tetapi hanya satu iaitu matahari yang mana ukuran inilah yang secara misteri kelihatan lebih pendek daripada yang sepatutnya.
Terdapat tiga tarikh pada 2025 apabila saintis meramalkan hari suria Bumi akan lebih pendek iaitu 9 Julai (1.23 milisaat lebih pendek), 22 Julai (1.36 milisaat) dan 5 Ogos.
Bagaimanapun, hari terpendek yang pernah direkodkan adalah 1.66 milisaat lebih pendek daripada 24 jam pada 5 Julai 2024.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Bumi
#Hari
#Pendek
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement