“Hari Itu Masih Segar Seperti Wangian Terakhir Mu...” Akim Ahmad Rindu Ibu... Sebaknya
Mya Amri
05/05/2020 12:36 MYT
05/05/2020 12:36 MYT
Penyanyi Akim Ahmad yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret tidak dapat menahan rasa rindu terhadap arwah ibunya Aminah Bahari.
Menerusi coretan posting terbaru di akaun Instagramnya, Akim meluahkan rasa rindu tidak terhingga yang terbuku di hatinya.
“Hari ini tanggal 5 Mei 2020. Dua tahun sudah berlalu, kini, hari ini kita berjumpa lagi.
“Rasa itu memaut kembali lagi, hari itu seakan hari ini. Hari itu masih segar seperti wangi terakhir mu. Hari itu hari tanpa suara mu lagi.
“Ya Tuhan, memohon hamba Mu ini agar dihapuskan segala dosa ibuku yang tercinta, kasihilah dia, lindungilah dari segalanya Ya Allah. Al- Fatihah...” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan selebriti juga turut memanjatkan doa kepada arwah ibu kesayangan Akim.