Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan komen berhubung isu protes seorang graduan ketika majlis istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Pandangan itu dikongsi menerusi satu posting di Twitter rasmi miliknya.

Menurut Syed Saddiq, dia tidak bersetuju apabila individu tersebut menggunakan pentas konvokesyen sebagai platform untuk memprotes.

"Hari itu milik semua graduan dan ibu bapa untuk gembira. Saya tidak bersetuju untuk gunakan pentas konvoksyen untuk protes," kata Syed Saddiq.

Tambahnya, dia juga tidak bersetuju dengan desakan sesetengah pihak untuk merampas ijazah graduan tersebut.

"Kita boleh condemn atau kritik tanpa merendahkan usaha belia belajar selama empat tahun," katanya.

Melihat pada reaksi netizen, rata-ratanya bersetuju dengan pandangan menteri tersebut.

Kebanyakan mereka berpendapat isu protes tidak harus dicampur aduk bersama isu pengguguran ijazah.

Anda boleh lihat antara pandangan dan hujahan mereka di bawah.
Terdahulu, pelajar tersebut mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan sepanduk bertulis 'Why VC must resign' ketika majlis konvokesyen.

Menerusi rakaman yang viral di media sosial, pelajar itu turut berteriakkan supaya naib canselor meletakkan jawatan.

Susulan daripada kejadian berkenaan, pihak UM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi selain turut membuat satu laporan polis.

BACA: "Tidak Menghormati Istiadat" - Isu Provokasi Pelajar, Universiti Malaya Buat Laporan Polis