"Hari Jadi Yang Terbaik Dan Berita Yang Baik Dari..." - Afdlin Shauki Sambut Ulang Tahun Dengan Rasa Syukur

Badrul Hashim
Mei 19, 2020 22:15 MYT
Pelakon, penyanyi, pengacara penghibur, pelawak dan pelbagai lagi gelaran sememangnya layak diberikan kepada anak seni bernama Afdlin Shauki.
19 Mei 2020, Afdlin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 49 tahun. Pada tahun 2017, Afdlin Shauki dianugerahkan darjah yang membawa gelaran Datuk.
Dalam satu entri di Instagramnya, Datuk Afdlin Shauki bersyukur dengan sambutan hari lahirnya yang dianggap yang terbaik sehingga kini.
Beberapa orang selebriti dan peminat-peminat turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir kepada beliau di ruangan komen pada entri tersebut.
"Hari jadi yang terbaik buat orang tua ni. Terima kasih Allah. Syukur kerana buat kami sihat dan boleh fight satu hari lagi untuk jadi lebih baik.
"Mintak ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah dan tersilap dan halalkan termakan dan terminum. Love you all! Dan berita baik dari KKMM yg kita boleh start shooting lepas raya! Syukur syukur syukur!! Alhamdulillah!" tulis Afdlin yang ternyata gembira dengan berita tersebut.
Datuk Afdlin Shauki adalah antara penggiat seni yang sering lantang bersuara dalam memperjuangkan dan memajukan lagi industri seni tanah air.
#Datuk Afdlin Shauki #Ulang Tahun Kelahiran