Hiburan
"Hari Jumaat Dicemari Makian Buat Keluarga & Isteri Arwah..." - PU Amin Tempelak Netizen & Aliff Syukri Berhubung Isu...
Pencetus Ummah (PU) Amin menempelak tindakan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri yang memuat naik video tanpa menghirau isu sensitif.
Luahan itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya, baru-baru ini.
Menurut PU Amin, inilah yang terjadi apabila niat untuk bersedekah diumumkan kepada khalayak ramai.
"Ambil video dan muat naik video lepas tu tanya soalan peribadi. Akhirnya keluarga arwah dihina, isteri arwah dihina.
"Netizen terus menjadi hakim. Hari jumaat dicemari dengan makian dan doa buruk buat keluarga arwah dan isteri arwah," katanya.
Tambah PU Amin, apa yang berlaku ketika ini harus dijadikan pengajaran buat semua.
"Kalau nak sedekah buat secara rahsia, tak perlu beritahu orang. Soalan peribadi jangan ditanya. Kalau nak tanya berbisiklah , jangan bagi orang luar tahu itu aib.
"Pesan saya pada team Aliff Syukri delete video tersebut. Kita netizen tak perlu jadi hero, biarlah ahli keluarga dan penasihat agama bertauliah menyelesaikan hal ini. Isu harta adalah hal dalam kain.
"Kita tak patut masuk campur. Netizen berhentilah menghina kedua dua pihak. Mereka sedang bersedih," katanya.
Terdahulu, pelawak Ali Puteh mengejutkan semua pihak apabila memuat naik posting berbaur emosi di laman sosial Instagram.
Menerusi posting tersebut Ali, seperti sedang melepaskan kemarahan kepada balu Allahyarham abangnya, Abam.
Difahamkan, isu berkenaan tercetus selepas menonton video live yang dibuat oleh Aliff Syukri tersebut yang berkunjung ke rumah balu Abam.
BACA: “Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu