Hari Kanak-Kanak Sedunia: THR GEGAR Hargai Pesakit & Petugas Kesihatan
Mya Amri
20/11/2024 05:20 MYT
20/11/2024 05:20 MYT
Dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Stesen radio nombor satu Pantai Timur, THR GEGAR, telah mengunjungi wad pediatrik di Hospital Sultan Abdullah, Puncak Alam.
Lawatan istimewa yang berlangsung pada Selasa melibatkan penyampai popular seperti Issey, Fizie, Ashwad, dan Ewan bertujuan untuk menceriakan pesakit kanak-kanak sambil menunjukkan sokongan kepada petugas kesihatan yang berdedikasi.
Menurut Pengurus Jenama THR GEGAR, Eman Zaki, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara penyampai radio dan pesakit kanak-kanak serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang sedang dirawat di wad tersebut.
“Lawatan ini bukan sahaja satu usaha murni, tetapi juga memberi peluang kepada penyampai kami untuk mendekati dan memahami situasi kanak-kanak yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mereka.
“Ia juga merupakan pengalaman bermakna buat kami kerana ini adalah kali pertama kunjungan diadakan selepas hospital ini beroperasi selama tiga tahun.
“Kami berharap kunjungan ini mampu menceriakan hati adik-adik kecil di wad pediatrik serta memberi sedikit kegembiraan kepada barisan petugas kesihatan yang tidak kenal penat lelah,” katanya.
Lawatan tersebut berlangsung selama dua jam dan turut merangkumi sesi siaran langsung bersama petugas wad menerusi platform media sosial rasmi THR GEGAR.
Sebanyak 20 katil di wad pediatrik tersebut menempatkan kanak-kanak yang sedang dirawat pelbagai jenis penyakit.
Sepanjang lawatan, penyampai THR GEGAR turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper makanan dan set mewarna untuk pesakit cilik di situ.
Aktiviti ini bertujuan menceriakan suasana di hospital dan menghargai jasa petugas kesihatan yang sentiasa berdedikasi merawat pesakit.
Dia juga menzahirkan keprihatinan THR GEGAR terhadap isu kesihatan kanak-kanak dan berharap agar mereka cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Untuk perkembangan terkini, berita, dan aktiviti menarik THR GEGAR, sila layari laman media sosial rasmi THR GEGAR.
Lawatan istimewa
Lawatan istimewa yang berlangsung pada Selasa melibatkan penyampai popular seperti Issey, Fizie, Ashwad, dan Ewan bertujuan untuk menceriakan pesakit kanak-kanak sambil menunjukkan sokongan kepada petugas kesihatan yang berdedikasi.Menurut Pengurus Jenama THR GEGAR, Eman Zaki, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara penyampai radio dan pesakit kanak-kanak serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang sedang dirawat di wad tersebut.
“Lawatan ini bukan sahaja satu usaha murni, tetapi juga memberi peluang kepada penyampai kami untuk mendekati dan memahami situasi kanak-kanak yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mereka.
“Ia juga merupakan pengalaman bermakna buat kami kerana ini adalah kali pertama kunjungan diadakan selepas hospital ini beroperasi selama tiga tahun.
“Kami berharap kunjungan ini mampu menceriakan hati adik-adik kecil di wad pediatrik serta memberi sedikit kegembiraan kepada barisan petugas kesihatan yang tidak kenal penat lelah,” katanya.
Beri sumbangan
Lawatan tersebut berlangsung selama dua jam dan turut merangkumi sesi siaran langsung bersama petugas wad menerusi platform media sosial rasmi THR GEGAR. Sebanyak 20 katil di wad pediatrik tersebut menempatkan kanak-kanak yang sedang dirawat pelbagai jenis penyakit.