Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Hari Kelapan Pantang Wawa Dah Pakai Kasut Tumit Tinggi, Ramai Puji Hebat Tapi Ada Yang Nasihat – “Jangan Ambil Mudah, Tua Nanti Tahulah”

Mya Amri 09/12/2021 | 06:33 MYT
Walaupun baru hari kelapan berpantang namun perkara itu tidak menyekat tugasan pelakon, Wawa Zainal untuk kembali bekerja walaupun seketika.
Menerusi akaun Instagramnya, Wawa memaklumkan dia hadir ke pejabat perniagaan miliknya hanya untuk memeriksa kualiti produk keluaran terbaharu mereka.
“Hari kelapan pantang dan singgah pejabat sekejap check stock #wawaparfum mendarat di HQ. Alhamdulillah sambutan luar biasa yelah customer @wawacosmeticshq dah lama sangat ternanti nanti perfume saiz besar ni kan. Sumpah wangi,” kongsinya.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Bagaimanapun perkongsian Wawa beserta video pendek yang merakamkan gelagatnya turun dari kereta dan memakai kasut tumit tinggi mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.
Ada yang memuji Wawa sebagai seorang wanita hebat kerana mampu kembali bekerja dalam masa yang singkat dan ada juga yang risau serta menasihati isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini supaya jangan mengambil mudah hal berpantang.
“Bagusnya habiskan pantang sebab rahim belum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umur nanti. Sekadar nasihat sayang. Jangan kecam mama yea,” tulis @sabaz.sabariah
“Kalau tak jaga waktu pantang nanti jadi macam mak aku. Selalu sakit kaki sakit lutut, sekarang memang tak rasa. Merana weh dah tua nanti,” kongsi @huda.hmdn
“8 hari pantang kita kain batik lagi... Bertungku… Ya Allah jangan ambil mudah kak Wawa bab-bab pantang ni. Kita takut orang tua dulu-dulu pesan. Kang jatuh peranakan kan. Apa-apa pon semoga kak Wawa sihat sokmo,” nasihat @yatieyayub
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
#Wawa Zainal #Berpantang #Pantang #Lapan Hari Berpantang
;