Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Hari Lahir Paling Sedih” – Ryan Deedat Sebak Kehilangan Sandra

Kamaruddin Razal 11/09/2020 | 12:35 MYT
Penyanyi Ryan Deedat yang menyambut ulang tahun ke-28 hari ini sebak kerana menerima perkhabaran pilu di hari jadinya.
Kehilangan seorang teman, penyanyi Sanda Dianne yang meninggal dunia awal pagi tadi, Ryan menyifatkan wanita yang berasal dari Sabah itu merupakan seorang individu yang sangat baik.
“Hari ini hari jadi saya, tetapi saya kehilangan seorang sahabat baik dalam industri muzik. Saya bersyukur kerana Allah panjangkan umur saya satu tahun lagi, tapi dalam masa yang sama, saya rasa sedih kerana kehilangan Sandra.
“Saya mula mengenali Sandra semenjak tahun 2017. Single pertama saya, Salimah yang menampilkan Sandra memberikan peluang untuk saya menempatkan diri dalam industri huburan.
“Ketika itu, saya baru bermula hendak bertatih, Sandra pula sudah mempunyai nama dan terkenal dengan lagu Hey Kau. Dia sangat baik, saya rasa selesa bersahabat dengan dia. Tak sangka dia meninggal dunia di hari jadi saya,” katanya ketika dihubungi Gempak.

innalilahi wainna ilaihi rojiun sahabat seperjuangan ku @sandradianneofficial alfatihah.. baru saja terima berita ni taktau nak kata apa. harini hari jadi aku sandra .. moga kau tenang disana

A post shared by Ryan Deedat (@ryandeedat) on

Harini adalah hari ulang tahun aku , aku yakin apa yg aku rasa harini pasti ada hikmah . sepanjang 3 tahun perkenalan kita . kau seorang wanita yg baik . aku banyak belajar dari kau sandra . . guys , mohon doa dari anda semua , semoga Allah merahmati beliau , dan dia bersama dgn orang-orang yg soleh , Alfatihah . siapa yg pernah rasa macam saya . TAGG dia . semoga video ini bermanfaat .

A post shared by Ryan Deedat (@ryandeedat) on

Tambah Ryan yang kini muncul dengan single Menari Dalam Gelap, dia akan sentiasa mengenang pekerti Sandra yang menghormati orang sekeliling.
“Dia sangat menghormati orang. Biarpun saya hanya bekerjasama dengan Sandra menerusi satu lagu, persahabatan kami masih kekal terjalin.
“Saya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Sandra semenjak mengetahui dia menyertai Big Stage 2020. Saya juga risaukan keadaan dia ketika dia terlibat dalam kemalangan minggu lalu.
“Ternyata Allah lebih sayangkan Sandra dan dia meninggal dunia di hari Jumaat yang mulia. Saya sedih dengan berita ini tetapi dia sudah pun berjuang sehabis daya.
“Saya juga tidak terkejut apabila melihat ramai orang bersedih mengenang pemergian Sandra kerana dia merupakan seorang insan yang mulia. Semoga Sandra damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya menutup perbualan.
#Ryan Deedat #Sandra Dianne
;