,
Laman Utama

“Hari Lahir Paling Sedih Sepanjang Hidup” - Radin Sebak Tidak Dapat Ucapan Dan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Bersama Arwah Ibu

Azwa Rahman
16/03/2021
11:15 MYT
Penyampai radio Era FM Radin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 dalam suasana pilu setelah pemergian ibu tercinta, Feridah Hashim.
Menerusi laman sosial Instagram, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy memuat naik beberapa keping video kejutan sambutan hari lahir yang dianjurkan oleh sahabatnya.
Bagi Radin, tahun ini merupakan sambutan hari lahir paling sedih sepanjang hidupnya kerana tidak mendapat ucapan dan meraikan bersama arwah ibu seperti tahun-tahun terdahulu.
“Jujur hati ini, sebagai seorang anak memang susah untuk menerima kenyataan dengan apa yang berlaku namun ketentuan ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk arwah.
“Dan harini 15 Mac, hari lahir saya yang ke-31 dan adalah hari lahir paling sedih sepanjang hidup saya bila tak dapat wish dan celebrate dengan mama seperti tahun-tahun terdahulu.
“Alhamdulillah walaupun jauh dengan family, Allah berikan saya rezeki yang cukup bermakna bila dapat ‘support system’ yang kuat dan sahabat-sahabat yang boleh dianggap sebagai family,” tulis Radin di ruangan kapsyen.
Tambah anak kelahiran Ipoh Perak itu lagi, dia berterima kasih di atas segala kejutan sambutan dan doa yang diterima pada hari lahirnya tahun ini.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa dan ucapan buat Radin agar dirinya sentiasa kuat.
Happy born day Radin. Semoga yang baik-baik sahaja buat kamu,” ujar pelawak Zizan Razak.
Happy birthday Din, semoga senang segala urusan,” komen penyanyi Akim.
Alfatihah buat arwah mama. Moga arwah tenang dan damai di sana. Selamat ulang tahun yang ke-31. Moga seluruh hidupmu dalam keberkatan dan dilindungi daripada sebarang musibah,” doa pelakon Erra Fazira.
Happy birthday Radin. Moga sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,” ujar pelawak Jep Sepahtu.
Happy birthday brother, semoga mama awak ditempatkan dengan orang-orang yang beriman,” tulis pelakon Hairul Azreen.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 25,000 tanda suka daripada wargamaya.
Pada 18 Februari lalu, arwah ibu, Feridah Hasim telah menghembuskan nafas terakhir pukul 9.25 pagi di kediamannya di Ipoh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Hiburan

Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

gempak
31/07/2024
12:23 MYT
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah dan HITZ iaitu Ean mengambil Keputusan untuk meninggalkan kerjaya mereka.
Hiburan

Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

gempak
31/07/2024
02:55 MYT
Pelawak Angah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya.
Hiburan

Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

gempak
19/07/2024
00:55 MYT
Penyampai radio Fizie tidak menyangka segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan sepenuhnya kepada kerja selama 10 tahun tidak dihargai apabila dia diberhentikan serta merta di sebuah stesen radio pada Julai 2021.