Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hari Ni Timbang 42kg” - Elyana Luah Rasa Syukur, Terima Kasih Pada Yang Sedekah Makanan

Azwa Rahman
23/06/2021 09:20 MYT
Penyanyi Elyana meluahkan rasa bersyukur apabila berat badannya telah menaik menjadi 42 kilogram (kg) berbanding 35kg pada minggu lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira tersebut untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah! Berat saya dari 35kg, hari ni timbang jadi 42kg. Terima kasih pada yang mendoakan dan tak jemu-jemu sedekah makanan pada saya. I love you,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)


Minggu lalu Gempak melaporkan penyanyi lagu Niat itu mempunyai berat badan 35kg selepas menderita penyakit kanser limfoma tahap empat.

BACA: “Ini Yang Latest, 35 kg” - Berat Makin Susut, Elyana Mohon Doa Orang Ramai Untuk Jalani Radioterapi

Sementara itu di ruangan komen, khabar baik itu disambut gembira oleh pengikutnya.

Rata-ratanya mendoakan agar Elyana diberikan kesembuhan dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya terus positif berjuang.

Alhamdulillah semoga terus sihat El,” komen seorang wargamaya.

Get well soon kak El, alhamdulillah,” kata seorang wargamaya.

Dah nampak glowing. Alhamdulillah, keep strong girl,” sokong seorang wargamaya.

Alhamdulillah you nampak cantik dan sihat,” puji seorang wargamaya.

Alhamdulillah, stay strong. Insyallah perlahan-lahan penyakit akan pergi jauh. Amin!” doa seorang wargamaya lagi.

Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapinya telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
#Selebriti #Elyana #Kanser Limfoma
;