"Hari Pengampunan" - Menjelang Ramadan, Yasin Sulaiman Unblock Semua Follower

Amri Hassan
Mei 16, 2018 09:34 MYT
Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) mengambil keputusan untuk 'unblock' semua pengikutnya di Instagram.
Yasin menerusi akaun Instagramnya memberitahu dia melakukan perkara tersebut bagi mempersiapkan diri menjelang kedatangan Ramadan.
"Hari pengampunan. Bersempena dengan hari pengampunan seMalaysia, bersempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak, saya unblock semua.
"Ambil masa sikit sebab kena unblock satu-satu. Ramai kot," tulisnya.
Yasin turut memuatkan paparan skrin senarai pengikut yang pernah disekat daripada akses ke akaun Instagramnya.
Keputusan anggota kumpulan nasyid Brothers itu mendapat pujian daripada netizen.
Yasin turut menjawab persoalan netizen yang bertanyakan punca penyanyi lagu Mimpi Laila itu menghalang akses ke akaunnya.
"Sebab mencarut," jawab Yasin kepada salah seorang pengikutnya.
Yasin dan Brothers kembali disebut-sebut apabila muncul menerusi rancangan realiti Islamik, GGV2 baru-baru ini.
Menerusi GGV2, Brothers terpaksa berpuas hati apabila diumumkan berada di kedudukan keenam pada konsert akhir GGV2 Sabtu lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @yasinsulaiman
#Yasin Sulaiman #Instagram #GGV2 #Brothers