Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Hari Pertama Sekolah, Arrian Shah Tak Mahu Pulang

Syafiqah Jalal 03/01/2017 | 11:31 MYT
Penyanyi Tomok memberitahu anaknya, Arian Shah Akid tidak mahu pulang selepas hari pertama sesi persekolahannya tamat.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32, menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya melaporkan keadaan Arrian pada hari pertama menghadiri pra sekolah.
Menerusi entri tersebut Tomok memuat naik foto anaknya yang kini berusia empat tahun, lengkap berpakaian seragam pra sekolah.
Berikut merupakan entri berkenaan:

hari pertama persekolahan sebentar tadi..kami bersilat nak siapkan budak kecik ni..lepas tu bila dah habis sekolah dia taknak balik pulak . selamat datang ke sekolah tadika ayam guring

A photo posted by Tomok (@tomokofficial) on

Pun begitu, Tomok tidak menjelaskan pula mengapa anaknya berkelakuan begitu.
Namun rata-rata pengikut IG miliknya itu berpendapat Arian terlalu teruja di hari persekolahan sehingga tidak mahu pulang.
Ramai juga memuji kecomelan Arian yang memakai pakaian seragam pra sekolah berkenaan.
Selain Arian, Tomok telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata bernama Andrasha Iman yang berusia setahun.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Tomok #Anak Tomok #Arian Shah #comel #sekolah
;